ShoutMix chat widget

dalam mata dia hanya ada kekasih pertama ;)


Ada orang kata, cinta pertama itulah segalanya. Cinta pertama yang menjadi penentu kepada cinta seterusnya jika cinta pertama gagal. Mungkin juga cinta pertama itu berkekalan sehinggalah ke akhir hayat - bersama dengan orang yang memang ditakdirkan jadi milik kita. Tidak mengapa, itu pendapat masing-masing. Tapi, jika cinta pertama itu sudah gagal dan pasangan (bekas pasangan) itu sudah memulakan hidup baru, apa salahnya jika kita juga mulakan hidup baru?

Tidak ada ruginya. Buat baik pada diri sendiri. Berikan peluang kepada diri sendiri untuk bahagia. Salahkah mengecapi kebahagiaan tatkala orang yang kau hanya boleh pandang sudah mengalihkan tumpuan kepada tanggungjawab dan amanah yang dia kendong atas impian dia sendiri? Dengan tidak cuba melupakan kenangan lalu, sebenarnya kau menyeksa cinta baru yang memerhatikan dengan penuh duka. Apakah mahu kesengsaraan mengekori sepanjang usia?

Mungkin tidak boleh melupakan cinta, perasaan kepada manusia yang pernah berkongsi rasa. Tapi, tanya diri sendiri, apakah pernah berusaha? Mengalihkan tumpuan kepada benda yang lebih utama? Cinta memang tidak pernah mati, tetapi manusia akan mati. Itu kau patut tanamkan dalam hati.

copypaste : lord zara - terfaktab

perasaan itu untuk disimpan selamanya .

     

 Awak.
Awak muncul lagi.
Awak betul-betul kembali.
Adakah kemunculan itu sebagai satu bentuk persahabatan sejati?
Ataupun sekadar cubaan untuk menyakiti dia lagi?
Dan biarkan dia terpuruk mati?
Lagi.

Awak.
Perasaan dia itu menjadi bahan lawak.
Membuatkan dia langsung kelihatan tidak segak.
Menjadikan semuanya tegang, segalanya rasanya tegak.
Itu tidak dikisahkan betapa dia sebenarnya hampir rosak otak.
Sakit dengan cercaan yang mendesak.
Betapa dia melihat kemesraan yang membuatkan dada sesak.
Segalanya dia telan terus walaupun tersedak.

Awak.
Sakitnya dia tanpa dia beritahu sesiapa.
Betapa terjatuh, dia berpaut pada diri sendiri dan terus melangkah penuh luka.
Betapa sakitnya setiap tapak yang tertinggal penuh duka.
Dia tetap berpaling meninggalkan kesan penuh cerita.
Dengan harapan segalanya akan hilang begitu sahaja.
Segala kisah akan dipendam ke dalam jiwa.
Dihadam bagai julap yang membakar inci penghadaman ibarat neraka.
Tidak akan sebutir keluar walaupun keintiman hubungan kalian buat dia kecewa.
Jadi saksi benda yang menghiris rasa.
Tapi dia memilih diam seribu bahasa.
Merahsiakan sejuta kata.
http://farm5.static.flickr.com/4061/5162236087_102b7e81be.jpg
Awak.
Dia terdiam.
Kata-kata terakhir sebelum awak pergi tidak menjadikan dia pendendam.
Butir bicara itu sebenarnya menikam.
Membuatkan dia menjadi pemendam.
Perasaan yang tersimpan, dia purukkan lebih dalam.
Semoga dia tidak kenal lagi kesakitan yang menjadikan dia bertukar kejam.
Tetapi malangnya awak kembali dan buatkan luka kembali berdarah dalam diam.'


Awak : Betulkah awak sudah punya orang lain?
Dia : Kenapa?
Awak : Sekadar mahu tahu.
Dia : Awak yang sudah punya seseorang.
Awak : (diam) Tapi betulkah awak sudah ada hubungan dengan sesiapa?
Dia : Kenapa?
Awak : Kalau betul, tahniah.
Dia : Mungkin.
Awak : Kalau betul akan menamatkan hubungan dengan sesiapa tu, maaflah, saya tak boleh datang.
Dia : Kenapa?
Awak : (diam)
Dia : Kenapa? Apa yang berlaku?
Awak : Entahlah. Tapi saya pasti tidak boleh datang.

http://farm5.static.flickr.com/4044/4188867885_a168fec2d4.jpg  

Awak.
Bukankah itu agak berbaur celaka?
Awak bagaikan membuatkan hati dia tertanya-tanya.
Apa yang sebenarnya awak cuba sampaikan dalam butir bicara penuh rahsia?
Awak timbulkan persoalan dan berlalu begitu sahaja.

Anehnya manusia.
Tetapi awak bahkan lebih gila.
Awak buat dia nanar dan termenung kembali hitung masa.
Apa yang awak mahukan sebenarnya?
Bunuh dan humban dia supaya lebih tidak tentu hala?

Sudahlah awak.
Biarkan dia simpan perasaan itu.
Adakah awak mahu mencabar sampai dia meluahkan perasaan yang tidak menentu?

Berhentilah awak.
Dia mahu kekal dalam ikatan persahabatan.
Bukan hidup dalam khayalan.

Nota Kaki :
Benci bila berat badan ibarat pasaran saham. Banyak naik dari turun.

Zara : Hello pemilik rusuk kiri. Awak sibuk sampai petang lagi? Bolehkah saya mencari pengganti sementara sebagai cara menghilangkan sebal rasa? Eh. Tiba-tiba.

copypaste : lord zara - terfaktab